Saidina Umar Digelar Sebagai

ASTALOG.COM – Semasa belum memeluk islam , Umar merupakan seorang yang kejam. Banyak darah yang dianggap musuh dihirupnya dan banyak nyawa melayang di hujung pedangnya.

Bahkan begitu kejamnya dia waktu itu, anak perempuannya sendiri yang masih kecil di tanam hidup-hidup demi memelihara wibawanya sebagai pemuka suku Quraisy yang terpandang .

 

Umar adalah seorang saudagar yang berjaya. Dia putera Nufail dari Bani Adi, sebagai suku Arab yang sangat dihormati. Umar terkenal sangat gagah perkasa, garang dan kejam. Dia sangat teguh dengan keyakinan yang dianutinya serta rela berkorban apa sahaja, demi menjaga martabatnya selaku orang Quraisy dan sesuai dengan kepercayaan jahiliyyah.

Umar bin Khattab masuk islam pada tahun kelima Bi’tsah atau lima tahun setelah Rasullulah menyerukan dakwahnya dan dia memperoleh gelaran Al-Faruq dari Nabi, artinya orang yang mampu memisahkan kebenaran dan kebatilan.

PELAJARI:  Rasulullah Berdakwah di Mekkah Selama?
 

Peristiwa Umar masuk ke agama islam sangat menarik, yang mencerminkan keperibadian Umar yang jujur dan berhati lembut , meskipun dia memiliki sifat kasar dan fizikalnya kelihatan keras. Ada yang berpendapat bahawa keislaman Umar terjadi kerana mukzijat Al-Quran.

Hadith tentang Umar
1. Semasa tidur, aku bermimpi bahawa aku berada dalam Syurga. aku lihat seorang perempuan sedang berwudhuk dekat sebuah istana. Aku bertanya untuk siapa istana ini. Katanya : Untuk Umar” Hadith riwayat Shiekhaini (Bukhari dan Muslim)

2. Sesungguhnya Allah menjadikan lidah dan hati Umar itu di atas kebenaran. Hadith riwayat At-Turmizi

3. Sekiranya selepas aku ada nabi, sudah pasti Umarlah orangnya. Hadith riwayat At-Turmizi

PELAJARI:  Tentang Wakaf

4. Sesungguhnya aku lihat syaitan-syaitan dari kalangan jin dan manusia lari lintang pukang dari Umar. Hadith riwayat At-Turmizi

5. Umar cahaya bagi penduduk Syurga.

6. Semua malaikat di langit menyayangi Umar dan semua syaitan di dunia melarikan diri dari Umar

7. Sesungguhnya ada seseorang di kalangan umat sebelum kamu yang menjadi sebutan ramai (kerana kebaikannya), jika perkara ini terjadi dalam umat Islam, sudah tentu Umarlah orangnya. Hadith riwayat Bukhari.

8. Tidak ada sesuatu perkara yang diperkatakan oleh orang ramai dan kemudian diperkatakan oleh Umar, nescaya turunlah al-Quran sebagaimana yang dilafazkan oleh mulut Umar. (Kata-kata Abdullah bin Umar)