Dimana Letak Masjid Zahir?

ASTALOG.COM – Dilansir dari wikipedia, Masjid Zahir atau juga dikenali sebagai Masjid Zahrah merupakan Masjid Negeri Kedah. Bangunan bersejarah ini terletak di tengah-tengah bandar raya Alor Setar. Ia juga dikenali sebagai Masjid Raja kerana ia merupakan masjid Diraja dan terletak di perkarangan Istana Pelamin.

Masjid Zahir merupakan mercutanda yang terkenal di Alor Setar, dengan ciri kubah hitam – satu kubah utama dan lima kubah lebih kecil, yang melambangkan lima rukun Islam.

 

Sejarah Mesjid Zahir
Masjid Zahir di bina pada 11 Mac 1912-1915 diatas daya usaha Almarhum Tunku Mahmud Ibni Almarhum Sultan Ahmad Tajuddin Mukkaram Shah, Presiden Majlis pada ketika itu. Pembinaannya mengambil masa selama 3 tahun. Masjid ini juga telah dirasmikan oleh Sultan Abdul Hamid Halim Shah pada hari Jumaat bersamaan 15 Oktober 1915. Di majlis itu juga, Tunku Mahmud yang merupakan adinda Sultan telah membaca khutbah Jumaat sementara baginda Sultan Abdul Hamid Halim Shah telah berkenan mengimamkan solat Jumaat. Nama Masjid Zahir ini diambil dari Bahasa Arab yang membawa makna Putih.

PELAJARI:  Jelaskan Fungsi Selaput Pada Paru-Paru!

Ahli-ahli majlis ketika itu ialah Tunku Ibrahim Ibni Sultan Abdul Hamid Halim Shah, Syed Hassan Shahabuddin yang merupakan Hakim Besar ketika itu, Muhammad Ariffin bin Muhammad Arshad yang bertugas sebagai Setiausaha Kerajaan, W.C. Maxwell iaitu Penasihat British dan J.German sebagai Jurutera Negeri.
Masjid Zahir yang terletak di pinggir Lebuhraya Darulaman, Bakar Bata, Alor Setar dianggap salah sebuah Masjid yang tercantik di Malaysia dan merupakan masjid yang tertua di Kedah. Lokasinya amat strategik yang terletak bersebelahan Sungai Kedah kerana memudahkan pedagang-pedagang bersolat. Masjid ini dibina atas tapak asal Sultan Mohammad Jiwa Zainol Abidin Muadzam Shah II dan ianya dikelilingi kubur pejuang-pejuang yang telah mati syahid di medan perang semasa berlakunya peperangan antara Siam dan Kedah pada tahun 1821.

PELAJARI:  Apa yang Dimaksud Revolusi Industri?
 

Berhampiran masjid ini terdapat Istana Kota Setar atau dikenali juga sebagai Istana Pelamin dan sekarang ini dijadikan Muzium Diraja Kedah. Pembinaanya hampir serentak dengan Masjid Lama , Balai Nobat dan Balai Besar iaitu dalam tahun 1736 oleh Almarhum Sultan Muhammad Jiwa Zainol Abidin II. Pada waktu dahulu nobat akan dibunyikan di Balai Nobat sebelum azan Jumaat yang pertama kerana Almarhum Sultan akan berangkat ke Masjid ini untuk sembahyang Jumaat tetapi pada masa kini, permainan nobat ini telah dimansuhkan.

Rekabentuk masjid ini menyerupai bentuk beberapa masjid yang terdapat di Sumatera Utara seperti Masjid Aziz di Kota Tanjung Pura iaitu pusat pemerintahan Kesultanan Langkat. Di perkarangan masjid ini di kelilingi oleh meriam-meriam yang diambil dari kota-kota Kuala Kedah dan diletakkan di laluan Sultan iaitu di sebelah kanan masjid sebelum ke bilik rehat sultan. Pembinaan masjid ini direkabentuk dengan pengamatan masa kini. Terdapat bilik rehat sultan, pejabat imam dan bilal serta penghulu atau nazir masjid sejak 1912 lagi. Mengikut sejarah, Masjid Zahir asal adalah masjid tanpa sayap kiri.